Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Aduan penipuan atas talian meningkat

  • Published in Nasional
Foto - RTM/Mohan

KUALA LUMPUR - Aduan terhadap penipuan atas talian yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semakin meningkat.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aduan tersebut merangkumi 23 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Aduan yang paling banyak ketika ini adalah berhubung dengan harga barangan serta iklan yang mengelirukan.

Tambah beliau lagi, pengguna perlu bijak dalam membeli barangan sama ada menerusi pelbagai medium.

Kepada pengguna yang tertipu dengan penipuan atas talian tersebut, perlu memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna.

Jelas Datuk Seri Saifuddin lagi, jumlah denda kepada pesalah dicadangkan supaya tidak kurang dari RM50 ribu.