Logo

PKS perlu rebut peluang skim NEM

Foto - FB MESTEC

PUTRAJAYA - Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) digalak untuk merebut peluang melalui skim baru iaitu Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

Melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) di bangunan komersial dan perindustrian, penggunaan NEM dapat menjimatkan kadar bil elektrik selain insentif cukai yang turut dinikmati.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kuota yang diperuntuk untuk NEM adalah sebanyak 500 Megawatt, dengan peruntukan bagi kategori domestik 50 Megawatt.

Manakala kategori bukan domestik terdiri daripada komersial, perindustrian dan pertanian pula sebanyak 450 Megawatt.

Jelas beliau, sehingga 10 Mei, sebanyak 16.6 Megawatt permohonan NEM telah diluluskan pada tahun ini berbanding 18.24 Megawatt tahun lepas.

Beliau melancarkan laman web Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA, sebuah badan berkanun di bawah MESTEC, di Putrajaya.

Bagi IKS yang berminat permohonan pemasangan NEM boleh dibuat melalui laman web tertera.

Tambahnya lagi, kuota yang diperuntukkan 500 Megawatt itu akan menjana lebih 15,000 peluang pekerjaan dan pelaburan modal sebanyak RM2.124 billion untuk sistem solar PV.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.