Monday, May 20, 2019

updated 3:18 PM UTC, May 20, 2019

Program Fit Challenge : aktiviti menilai tahap kecergasan dan kesihatan APM

  • Published in Berita Semasa

FOTO RTM PERLIS

 

PERLIS - “Program Fit Challenge” satau aktiviti bagi menilai tahap kecergasan dan kesihatan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis.

Program julung kali diadakan itu disertai 100 pegawai dan anggota APM seluruh Perlis, yang memerlukan mereka berlari sejauh 7.2 kilometer.

Timbalan Pengarahnya, Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata kecergasan dan kesihatan adalah elemen penting terutamanya melibatkan operasi dalam pelbagai situasi.

Ini memerlukan mereka memiliki kesihatan mental dan fizikal, disamping kemahiran pada bila-bila masa diperlukan.

Beliau menyatakan demikian Majlis Penutupan APM Fit Challenge di Pusat Latihan Komuniti APM Kurung Tengar, Kuala Perlis.

Peserta yang berjaya menamatkan cabaran, dihadiahkan wang tunai dan sijil penyertaan.

Ini sebagai inisiatif dalam mengalakkan lebih ramai pegawai dan anggota APM melibatkan diri dalam setiap aktiviti kecergasan dan kesihatan.

Program Fit Challenge bakal diteruskan tahun depan dengan melibatkan penyertaan menyeluruh dikalangan pegawai dan anggota APM seluruh negara, dengan dua acara utama iaitu berlari dan berenang.