Logo

Food Bank Siswa: Makanan bazar Ramadan untuk siswa dijamin selamat

Foto - FB Datuk Seri Saifuddin

KUALA LUMPUR - Lebihan makanan di bazar ramadan akan disalurkan kepada Food Bank Siswa bagi mengelak pembaziran makanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa ianya selamat dan dibekal untuk makanan sahur.

Pelaksanaannya akan ditambahbaik mengikut kesesuaian bulan ramadan.

Namun begitu, golongan sasar dan lokasi premis masih dalam perbincangan diperingkat kementerian.

Beliau ditemui di sesi sidang media selepas merasmikan Food Bank Siswa di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Seramai 950 pelajar UTM KL dari golongan berpendapatan rendah bakal menerima bantuan tersebut.

Sistem imbasan muka diperkenalkan oleh persatuan pelajar UTM KL bagi memastikan pelajar yang layak sahaja terima bantuan tersebut.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.