Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Kes yang melibatkan pengganas di negara ini masih terkawal

  • Published in Nasional

Foto : FB Mohamad Sabu


KUALA LUMPUR - Kes yang melibatkan pengganas di negara ini masih terkawal berikutan pemantauan rapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (INTERPOL).

Jelas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, kementeriannya juga sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi membanteras kemasukan pengganas termasuk aktiviti mereka di Malaysia.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), juga sudah di arahkan agar sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman pengganas.

Beliau menjelaskannya kepada media di pejabat Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.