Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Kerajaan komited bawa pihak yang bertanggungjawab menyebabkan FELDA tanggung kerugian ke pengadilan

  • Published in Nasional

Foto : FB Muhyiddin Yassin


KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk mendedahkan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan FELDA menanggung kerugian dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Ini ditegaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan polis supaya menyiasat kes itu secara profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Dalam kenyataan yang dipetik dari Facebook beliau, Tan Sri Muhyiddin berkata, semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak projek mewah dan kontrak melambung telah dimeterai FELDA

Kebanyakan kontrak itu menjadi punca masalah kewangan yang dihadapi FELDA  hari ini menyebabkan ia terpaksa mendapatkan bantuan kerajaan bagi memastikan ia boleh terus beroperasi dan tidak karam'.

Tegas beliau, semua pihak yang terlibat mesti dipertanggungjawab di atas perbuatan salah laku mereka.