Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Seorang Lelaki OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Kodiang,Kedah

  • Published in Nasional

KODING - Seorang lelaki orang kurang upaya OKU berusia 63 tahun rentung selepas kediamannya musnah dalam satu kejadian kebakaran di Batu 4, Pida 8 Baru, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah,malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 minit malam.

Jabatan Bomba dan penyelamat negeri dalam kenyataannya berkata, mangsa dikenali Salleh Ariffin, dan ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri dirumah berkenaan.

Mayat mangsa ditemui anggota bomba selepas operasi memadam kebakaran selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Sebelum itu, dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dan BBP Arau Perlis, bersama 11 anggota diketuai komander operasi Che Kop Che Dan bergegas ketempat kejadian sebaik dihubungi.

Tindakan bomba berjaya memadam dan mengawal kebakaran di kediaman tersebut.

Operasi pemadaman turut dibantu 30 anggota Pasukan Bomba Sukarela PBS Lana Bulu,Tunjang, Sanglang Arau dan PBS Mukim Keplu.

Pihak bomba masih menyiasat punca kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah bahiyah HSB untuk bedah siasat.