Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

SOP Tidak Benarkan Pelajar Berada Di Kawasan Penyelenggaraan - Chong

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Prosedur Operasi Standard (SOP) menetapkan pelajar tidak boleh berada di kawasan yang sedang diselenggara termasuk memotong rumput sedang dijalankan bagi mengelakkan kemalangan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata pihak kementerian akan mendapatkan laporan daripada pihak berkenaan berhubung sebab kenapa penyelengaraan dilakukan serentak dengan raptai Hari Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Gemas yang menyebabkan seorang pelajar maut dan dua lagi pelajar cedera.

Beliau berkata kepada pemberita di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di SMK Mantin di sini.


Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua selepas terkena bilah pisau mesin rumbut yang melayang manakala dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, masing-masing cedera di telinga dan belakang kepala.