Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Bekalan Wang Mencukupi Bagi Sambutan Tahun Baharu Cina - ABM

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Anggota Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mempunyai bekalan wang kertas mencukupi, merangkumi wang lama dan baharu, sepanjang tempoh sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Dalam satu kenyataan, ABM berkata bank-bank anggotanya telah menggalakkan penggunaan wang kertas yang berkeadaan baik seperti wang baharu apabila pelanggan menukar wang kertas mereka di cawangan masing-masing sempena perayaan itu yang mula disambut pada 16 Feb, 2018.

ABM berkata, langkah tersebut adalah menyokong usaha 'Go Green' Bank Negara Malaysia yang dilancarkan pada 2013 untuk memelihara sumber dan melindungi alam sekitar.

((BERNAMA))