Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Tiada Belas Kasihan Bagi Pelaku Rasuah - SPRM

  • Published in Nasional

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beranggapan pemberi dan penerima rasuah tidak harus diberi belas kasihan sebaliknya perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya terbukti bersalah melakukan jenayah itu.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata tindakan tegas tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 300 Kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan serta 60 pembekal dan kontraktor jabatan itu di sini.