Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Feb 24, 2018

962 Pegawai Perubatan Daftar ; Program Latihan Kepakaran Laluan Parallel

  • Published in Nasional

Aspek latihan dan peluang kerjaya sentiasa dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan, terutama bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Pakar.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, sehingga Februari lepas, 962 pegawai perubatan telah berdaftar dengan Bahagian Perkembangan Perubatan bagi 'Program Latihan Kepakaran Laluan Parallel' atau selari.

Permohonan untuk mengikuti Program Latihan Subkepakaran juga semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih 300-permohonon bagi tahun 2017.

Program itu meliputi 110-bidang subkepakaran. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Konspen @Activ di Putrajaya.

((SUMBER: BERITA RADIO- FAUZURA))