Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Feb 24, 2018

Statistik Doktor Malaysia Di UK Diragui - Datuk Seri Dr Subramaniam

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Statistik yang mendakwa terdapat 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat di United Kingdom seperti dilaporkan media asing adalah diragui, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata dahulu mungkin ramai doktor Malaysia bekerja di United Kingdom atas faktor berkaitan sejarah namun situasi berkenaan kini sudah berubah dengan jumlah yang berkhidmat sebagai doktor di negara itu semakin 'mengecil'.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kospen@Activ di kementeriannya di sini,Datuk Seri Dr Subramaniam berkata statistik yang dilaporkan media tempatan Britain itu tidak menyatakan umur mereka dan ia berkemungkinan terdiri daripada mereka yang telah berumur dan telah lama berada di negara berkenaan.

Berdasarkan sejarah, katanya ramai rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di United Kingdom dan tambahan pula graduan bidang perubatan dari Universiti Malaya diiktiraf oleh General Medical Council, yang sekaligus mendorong pelajar menyambung kursus di negara tersebut.

((BERNAMA))