Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Tahun Baharu Cina:Diskaun 10 Peratus Di JSAHMS

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat JKSB, Azizi Azizan berkata kadar diskaun itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam pada 16 Feb hingga pukul 11.59 malam pada 17 Feb di Plaza Tol JSAHMS dan plaza B di Plaza Tol Bandar Cassia.

Pemberian diskaun itu merupakan sebahagian initiatif berterusan tanggungjawab sosial korporat JKSB dan juga untuk menghargai sokongan pengguna JSAHMS sejak ia mula dibuka sehingga sekarang.

Dalam satu  kenyataan media yang dikeluarkan berkata pihaknya menjangka sebanyak 20,000 hingga 25,000 kenderaan akan menggunakan JSAHMS sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti hujung minggu yang panjang itu.

Beliau berkata lebih 8.1 juta kenderaan telah menggunakan JSAHMS sepanjang tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus tahun ini.

((SUMBER: BERNAMA))