Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Program Kesedaran Bayar Cukai Dapat Sambutan

  • Published in Nasional

TAPAH - Program kesedaran untuk membayar cukai "Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity" anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara di sini mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai.

Bagi pekerja swasta, Khairul Abidin Anuar, 30, pemilihan lokasi penganjuran adalah sangat baik kerana orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, penglibatan artis pada program itu juga sedikit sebanyak menarik orang ramai untuk datang ke khemah LHDN dan sekali gus memperoleh maklumat.

Beliau katanya kepada Bernama ketika ditemui pada perasmian program itu.

Menurut Kamal Basir Wahab, 33, dengan adanya kaunter bergerak LHDN di kawasan tumpuan orang ramai, ia dapat membantunya mendapat maklumat yang diperlukan.

 

((SUMBER: BERNAMA))