Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 2:14 PM UTC, May 24, 2018

Kebakaran Bangunan KWSP Tiada Unsur Jenayah - Tan Sri Noh

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA - Kebakaran di bangunan 6 tingkat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing Petaling Jaya semalam tidak melibatkan perbuatan jenayah.

Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, punca kebakaran adalah disebabkan penggunaan bahan yang tidak dilululuskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang digunakan kontraktor dalam kerja-kerja pengubahsuaian pemasangan Cladding di bangunan itu pada tahun 2003.

Cladding yang digunakan adalah jenis Exterior Insulation and Finish System (EIFS) daripada bahan yang mudah terbakar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

Sementara itu pemilik bangunan yang memasang cladding dengan bahan mudah terbakar diarah menanggalkan segera bahan tersebut.

((RTM))