Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Sepasang Suami Isteri Dan Anak Perempuan Mereka Berusia Setahun maut, Dalam Kemalangan Dengan Sebuah Lori Sampah

  • Published in Nasional

SERDANG - Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia setahun maut, manakala bapa mertua cedera parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sampah.

Kemalangan berlaku di Kampung Batu 12 Terap, Serdang, Kedah, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azli Adzali, 45 tahun; isterinya, Hasimah Saari, 32 tahun dan anak perempuan mereka yang masih belum dikenalpasti.

Manakala seorang lelaki dipercayai bapa mertua salah seorang daripada mangsa cedera parah.

Kemalangan berlaku ketika keluarga berkenaan yang menaiki kereta jenis proton Satria Neo berwarna Putih dengan nombor pendaftaran PLV 676 dalam perjalanan dari arah Kulim menghala ke rumah keluarga isterinya di Kampung Keda Sungai Salleh, Serdang.

Manakala lori sampah berkenaan dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi, kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung antara satu sama lain menyebabkan kereta dinaiki mangsa berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke tepi jalan.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Ismail Yatim berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

Azli ditemui tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan manakala isteri dan anaknya tersepit dibahagian tempat duduk belakang.

Manakala bapa mertua berada di tempat duduk hadapan.

Pihaknya menggunakan “Rescue Tool” untuk memotong kenderaan bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

((SUMBER:RTM KEDAH))