Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

PRU14 : SPR Perkenal Kaedah 'Urut Jari'

  • Published in Nasional

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan kaedah 'urutan jari' dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi.

Pendaftar Akademi Pilihan Raya SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah berkata menerusi prosedur baharu itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti untuk memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.

Dalam masa sama ia juga untuk memperkemaskan lagi prosedur dalam proses pengundian bagi mengelakkan sebarang penipuan," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat sempena Siri Jelajah Taklimat PRU14 di Auditorium RTM ,Angkasapuri Hari ini

Lebih 60 pengamal media Pahang mengikuti taklimat itu yang bermula dari 9 pagi hingga 1 tengah hari yang turut disampaikan Penolong Pengarah Pendidikan Pengundi Akademi tersebut Abdul Fatah Mohd Pilus.

((SUMBER: BERNAMA))