Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Op Mandarin : 33 Pati Ditahan Di Kelantan

  • Published in Nasional

 KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula malam tadi hingga awal pagi hari ini.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata kesemua PATI terbabit berumur antara 12 dan 49 tahun ditahan di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkuatan Jalan (JPJ) Gua Musang pada 9 malam tadi hingga 3 pagi tadi.

Katanya PATI yang ditahan membabitkan tiga lelaki warga Bangladesh, empat lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia, dua lelaki warga India, seorang lelaki warga Pakistan serta 17 lelaki dan lima perempuan warga Myanmar,"

Dalam satu kenyataan , Wan Mohammed Saupee berkata kesemua PATI itu ditahan mengikut Seksyen 15(1) kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan serta Seksyen 6(1)(a) akta sama kerana tidak mempunyai pas atau permit sah untuk tinggal di negara ini.

Katanya kesemua mereka kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

((SUMBER: BERNAMA))