Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Guna Realiti Maya Secara Meluas Untuk Promosi Keindahan dan Keharmonian Negeri - KM Sarawak

  • Published in Nasional

KUCHING - Menerusi teknologi terkini, Sarawak ingin berkongsi keharmonian kepelbagaian kaum yang dimilikinya dengan seluruh dunia, sebagaimana ia berjaya memberi ilham kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetengahkan konsep 1Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sebelum ini telah memberi pengiktirafan bahawa beliau mendapat ilham mengenai konsep itu dari Sarawak.

Beliau berkata kekuatan Sarawak dapat dilihat jelas menerusi keharmonian yang wujud dalam kalangan rakyatnya yang boleh hidup bersama dengan aman, duduk semeja, malah sebumbung, tanpa sebarang masalah walaupun berbeza dari sudut agama, bangsa dan budaya.

Perkara itu disentuh semasa beliau merujuk kepada penggunaan teknologi yang terkini, misalnya seperti penggunaan teknik "realiti maya", yang perlu digunakan lebih meluas untuk mempromosi keindahan serta keharmonian negeri, bagi menarik kunjungan ramai ke sini.

"Pelancong boleh datang, lihat 'how we share our green', bagaimana kita pelihara hutan kita untuk bekalkan oksigen buat dikongsi dengan dunia sejagat, sebab itu kerajaan kena guna teknologi terbaru untuk mempromosi produk-produk kita dengan lebih hebat," katanya.....

((SUMBER:BERNAMA))