Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Pelakon Popular Era 80 an , Azmil Mustapha Meninggal Dunia

  • Published in Nasional

SHAH ALAM - Pelakon popular era 80 an, Azmil Mustapha meninggal dunia jam 1 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur.

Allahyarham dikenali menerusi watak Ali Setan lakonannya disamping pelakon wanita popular, Fauziah Dato' Ahmad Daud.

Allahyarham merupakan bapa tunggal kepada lima orang anak berusia 15 hingga 32 tahun.

((SUMBER: RTM ))