Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

PPS Di Sarawak Ditutup

  • Published in Nasional

Semua Pusat Pemindahan Sementara, P-P-S yang menempatkan penduduk terjejas banjir di Sarawak, ditutup sepenuhnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS terakhir yang ditutup ialah Dewan Suarah Mukah pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pusat tersebut menempatkan 14 penduduk Kampung sitieng Sebakong di bahagian Mukah.

Banjir yang melanda Sarawak sejak awal bulan ini telah menempatkan 7,103 penduduk daripada 2,016 keluarga meninggalkan kediaman masing-masing dan berlindung di 47 PPS.

((SUMBER: RTM SARAWAK))