Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

MAHB Nasihat Penumpang Agar Tiba Di Lapangan Terbang 3 Jam Awal

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd, MAHB, menasihatkan penumpang penerbangan agar tiba di lapangan terbang tiga jam lebih awal daripada waktu penerbangan pada musim perayaan tahun baharu cina ini.

Ia bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan segala urusan pelepasan ke destinasi masing-masing berjalan lancar.

Dalam satu kenyatannya, pengendali lapangan terbang itu turut menyarankan penumpang menggunakan pengangkutan awam seperti perkhidmatan Express Rail Link, ERL untuk ke lapangan terbang yang hanya mengambil masa perjalanan 30 minit.

Selain itu, penumpang yang menggunakan terminal utama KLIA, digalak menggunakan perkhidmatan bas ulang alik berbanding Aerotrains memandangkan ia merupakan alternatif yang kurang sesak dan pantas.

Jika penumpang penerbangan memerlukan sebarang bantuan di lapangan terbang, mereka boleh berhubung dengan duta CARE MAHB.

((SUMBER: KENYATAAN MEDIA MAHB))