Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Penerbit USIM Berjaya Menerbitkan Lebih 600 Buku

  • Published in Nasional

NILAI - Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerbitkan lebih 600 buku dalam pelbagai genre, bahasa dan mengedarnya bukan sahaja di Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata selain bersendirian, penerbitan ini turut melibatkan kolaborasi bijak dengan pelbagai rakan kerjasama, sama ada dalam bentuk memorandum perjanjian, persefahaman dan sebagainya.

Katanya beliau  juga mempunyai rakan penerbitan dari Jepun, Amerika Syarikat, Jordan, Jerman dan China untuk menyerlahkan lagi 'keberadaan' Penerbit USIM pada peringkat antarabangsa, namun perjalanan kita masih jauh dan ada pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan untuk terus berada pada tahap yang membanggakan.

Pelbagai usaha perlu lebih gigih lagi untuk meningkatkan kualiti jurnal-jurnal terbitan

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kalam Bitara 2018 di Pusat Komersil USIM di Nilai Negeri Sembilan  hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dan Ketua Bahagian Penerbit USIM Hariza Mohd Yusof.

((SUMBER: BERNAMA))