Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:57 AM UTC, Feb 24, 2018

Dua Bot Fiber Di Tahan Dalam Operasi Satria Selatan

  • Published in Nasional

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ,Maritim Malaysia Pangkalan Maritim ,PM Batu Pahat menahan dua bot fiber semasa menjalankan Operasi Satria Selatan di sekitar perairan Rengit, Batu Pahat, Johor semalam.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah , PM Batu Pahat sering kali menerima rungutan nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot-bot fiber melakukan aktiviti tunda secara haram di sekitar kawasan berkenaan.

 Operasi itu bagi mengekang dan mencegah kegiatan bot-bot fiber tersebut menunda di kawasan tidak dibenarkan dengan menggunakan peralatan tunda yang diubahsuai.

Semasa operasi , pihak PM Batu Pahat berjaya mengesan dua bot fiber yang mencurigakan sekitar perairan Rengit lebih kurang jam 12 tengahari.

Semasa menghampiri bot tersebut suspek cuba meloloskan diri ke pantai berdekatan untuk mengelak daripada diperiksa Maritim Malaysia.

Berbekalkan pengalaman dan latihan yang mendalam, aset Maritim Malaysia berjaya memintas bot tersebut namun awak-awak bot tersebut meloloskan diri dengan terjun ke kawasan bakau .

Anggota Maritim Malaysia menunda kedua-dua bot terbabit dan berjaya menemukan peralatan modifikasi tunda yang telah dipotong.

Bot seterusnya dibawa ke jeti PM Batu Pahat dan diserahkan kepada Pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985. 

((sUMBER & FOTO : RTM JOHOR-SURAHATI))