Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Pegawai KKR Hadapi Tuduhan Terima Rasuah 42 Ribu Pada 2013

  • Published in Nasional

KUANTAN - Seorang pengarah bahagian Kementerian Kerja Raya Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan menerima rasuah RM42,000 pada 2013.

Tertuduh Shaiful Azman Taha, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Dia yang berkhidmat di bahagian Pusat Khidmat Kontraktor didakwa menerima suapan daripada juruteknik Syarikat NZH Murni Enterprise Hamdan Mat Hasan antara 3 hingga 4 petang, 21 Dis 2013 di rumahnya di Taman Pelindung Jaya di sini.

Suapan berbentuk wang tunai itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh untuk mengeluarkan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera kepada syarikat tersebut.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan..