Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Operasi Bersepadu KPDNKK Gesa Peniaga Patuhi Kawalan Harga Musim Perayaan

  • Published in Nasional

 

KUALA TERENGGANU - Para peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menipu harga dan alat penimbang barangan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina.

Ia termasuklah dengan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal.

Peringatan itu dinyatakan Pengarah Kementerian Perdangangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu,Saharuddin Mohd Kia.

Menurutnya program yang dilaksanakan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan peniaga supaya mereka dpaat melaksanakan perniagaan secara beretika bagi mewujudkan suasana yang kondusif antara peniaga dan pengguna.

Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu bersama 11 agensi penguatkuasaan di Pasar Borong Gong Pauh,Kuala Terengganu.

Dalam operasi berkenaan seramai sembilan peniaga dikesan masih melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu serta gagal menentusahkan semula alat timbang.

Sebanyak 639 pemeriksaan telah dijalankan sepanjang lima hari operasi yang bermula 10 februari lalu.

((Berita RTM))