Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

82 Keluarga Dapat Pembiayaan Pendawaian Elektrik Secara Percuma.

  • Published in Nasional

 

DUNGUN - 82 keluarga yang kurang berkemampuan di Dungun dan Kemaman bersyukur kerana mendapat pembiayaan pendawaian elektrik secara percuma.

Peruntukan melaksanakan 'Projek Touch Point Cabinet Away Day' itu disalurkan menerusi Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan- ICU Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Kerja-kerja pendawaian bagi kedua-dua daerah tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin - PSMZA Dungun.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Ali Mamat; 40 orang pelajar Jurusan Elektrik PSMZA dan 15 pensyarah tampil melakukan khidmat sukarela itu.

Mengenai kualiti pendawaian beliau memberi jaminan tahap piawaian setanding dengan kontraktor bertauliah dan mendapat pengiktirafan pihak berkuasa.

 

Pihak PSMZA juga melakukan pemantauan bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah keatas pendawaian itu bagi memastikan penghuninya boleh menggunakan peralatan elektrik dengan selamat.

((Berita RTM))