Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.9 Peratus Pada Suku Ke 4 2017

  • Published in Nasional

Ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku ke 4 2017.

Ini menjadikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, KDNK bagi keseluruhan 2017 meningkat kepda 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus tahun sebelumnya.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara, dengan sokongan berterusan daripada sektor luaran.

Dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor perlombongan.

Inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 3.5 peratus pada suku keempat 2017 disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori perumahan, air, elektrik dan gas serta pengangkutan.

Bagi tahun 2017 secara keseluruhan, purata inflasi adalah sekitar 3.7 peratus.

Bagi 2018 pula , Bank Negara Malaysia yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal menggalakkan, dengan permintaan domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

Jangkaan bahawa kadar pertumbuhan global akan menjadi lebih pantas terus memberi manfaat kepada eksport Malaysia, sekali gus menghasilkan limpahan positif terhadap kegiatan ekonomi tempatan.

Inflasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana tahun ini, mencerminkan kesan faktor kos global yang lebih kecil serta ringgit yang kukuh berbanding tahun 2017.

Tekanan menaik yang wujud berikutan keadaan permintaan yang teguh akan dibendung oleh kapasiti lebihan dalam pasaran pekerja di samping pelaburan yang berterusan untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.

Bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan terus dipengaruhi oleh trend harga minyak dunia yang tidak menentu.

((Berita RTM))