Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

Tanah Bencah Setiu Penuhi Tiga Elemen Utama CSI Petronas

  • Published in Nasional

SETIU - Pemilihan Tanah Bencah Setiu sebagai lokasi untuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melakukan pelbagai program Pelaburan Sosial Korporat (CSI) adalah kerana kawasan itu menepati ketiga-tiga elemen utama yang menjadi fokus syarikat itu selama ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata tiga elemen utama tersebut ialah pemuliharaan alam sekitar, pembangunan komuniti dan pendidikan untuk masyarakat di kawasan sekitar.

Tidak hanya melaksanakan projek pembangunan infrastruktur malah Petronas juga serius dalam pembangunan modal insan komuniti di sini agar mereka turut bergerak seiring dengan kemajuan yang bakal terlakar di sini sebagai destinasi ekopelancongan kebanggaan Terengganu kerana ketiga-tiga elemen itu terdapat di Tanah Bencah Setiu.

Penglibatan Petronas juga adalah untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri yang telah mewartakan Tanah Bencah Setiu sebagai Taman Negeri bertujuan melindungan ekosistem dan kepelbagaian bio di kawasan seluas 432 hektar ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi taklimat dan lawatan media ke Tanah Bencah Setiu di sini baru-baru ini.

 
((SUMBER: BERNAMA))