Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Sultan Kedah Terima Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para

  • Published in Nasional

 

SUNGAI UDANG - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para di Kem Terendak, Sungai Udang.

Anugerah berkenaan disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan disaksikan Panglima 10 Briged Para, Brigider Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Baginda dan rombongan diraja turut menyaksikan demostrasi tempur yang menampilkan pelbagai teknik dan taktik serta kepakaran yang wujud di dalam kalangan anggota 10 Briged Para.

Terdahulu baginda serta rombongan diraja mengadakan lawatan diraja ke pasukan-pasukan RAMD.

Pada lawatan berkenaan baginda menerima persembahan taklimat serta pertunjukkan aset-aset yang ada di dalam unit RAMD.

Antara aset yang dipamerkan termasuklah kenderaan 8 kali 8 GEMPITA serta susunatur Markas Taktikal pasukan infrantri ketika operasi selain penugasan istiadat yang lazimnya dilaksanakan oleh pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Ariff.

((Berita RTM))