Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

2 Maut Dalam Kemalangan Di Felda Belitong

  • Published in Nasional

BATU PAHAT -Dua penungang motosikal maut dalam satu kemalangan di Felda Belitong,Kluang semalam.

Mangsa Faiz Razak, 26 tahun maut di tempat kejadian manakala Md Rizel Sanip,39 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang , ACP Mohamad Laham, kejadian kira-kira 8.30 malam melibatkan 3 kenderaan iaitu dua buah motosikal dan sebuah kereta.

Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Mohd Faiz dari Kluang ke Kota Tinggi bertembung dengan motosikal Md Rizel dari arah bertentangan ketika memotong sebuah kereta.

Pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua penunggang mtosikal tercampak dan meninggal dunia manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Menurut ACP Mohamad mayat kedua-dua mangsa dihantar Ke Hospjtal Enche Besar Hajjah Kalsom,Kluang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) akta pengankutan Jalan 1987