Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

Perbicaraan Kes Serangan Maut Di Stockholm Tahun Lalu Bermula

  • Published in Nasional

 STOCKHOLM - Perbicaraan lelaki Uzbekistan yang terlibat kes serangan maut di Stockholm tahun lalu telahpun bermula.

Menurut pendakwaraya, tertuduh menyatakan taat setia kepada Kumpulan Militan Daesh dalam video yang dirakam sebelum insiden itu berlakau.

Dalam nota yang ditulis, tujuan serangan dilakukan adalah untuk menakutkan orang bukan Islam.

Tertuduh, Rakhmat Akilov muncul di hadapan Mahkamah Daerah Stockholm kerana merampas sebuah trak yang dicuri.

Seramai lima orang terkorban manakala 14 yang lain tercedera dalam insiden berkenaan.

Akilov didakwa atas tuduhan sengaja melakukan pembunuhan ganas terhadap orang awam.

Pihak pendakwa telah meminta agar dia dihukum mati dan diekstradisi dari Sweden.

Agensi risikan Sweden mengatakan ia tidak menunjukkan sebarang rancangan untuk melakukan serangan.

Akilov berkata, beliau bercadang melakukan serangan di Stockholm atas arahan Kumpulan Militan Daesh.