Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

Lelaki Melecur Disimbah Petrol dan Dibakar Ketika Memancing

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan selepas dipercayai disimbah dengan petrol dan dibakar menggunakan pemetik api ketika memancing di bawah jambatan di Sungai Klang, Jalan Tun Sambanthan, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam, ketika mangsa berusia 42 tahun itu sedang memancing bersama sepupu dan dua rakannya.

Beliau berkata mangsa memaklumkan ada cecair dibuang dari atas jambatan Jalan Tun Razak berhampiran Hentian Bas Pekeliling Kuala Lumpur yang terkena badannya.

Mangsa terasa panas dan terjatuh ke dalam Sungai Klang serta dibawa arus hingga ke kawasan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mangsa berjaya berenang dan sampai ke tebing lalu tertidur sehingga keesokan paginya.

 
((SUMBER:BERNAMA))