Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Lelaki Melecur Anggota Badan Terperangkap Dalam Kebakaran Di Pasir Puteh

  • Published in Nasional



IPOH - Seorang lelaki melecur 85 peratus pada anggota badannya setelah terperangkap dalam kebakaran di kilang petrokimia di kawasan perindustrian Bukit Merah, Pasir Puteh di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.34 petang.

Beliau berkata kebakaran itu dipercayai bermula di kilang petrokimia itu sebelum merebak ke lima kilang lain.

Katanya, seorang lelaki berumur 53 tahun yang sedang menyusun barang di kilang petrokimia terbabit terperangkap dalam kebakaran itu, namun berjaya diselamatkan.

Tubuh mangsa melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

((SUMBER:BERNAMA))