Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Jenazah Nur Afini Selamat Dikebumikan

  • Published in Nasional

TAMPIN - Jenazah Nur Afini Roslan yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas pagi tadi selamat dikebumikan malam tadi.

Jenazah yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai Sungai Kelamah, 10.30 tadi malam dibawa ke masjid berdekatan untuk solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Satu Masjid Kariah Sungai Kelamah Ibrahim Kamarun.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Pusara Damai Sungai Kelamah  dihadiri keluarga dan kenalan mangsa.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian manakala Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera.