Sunday, February 25, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 24, 2018

PERKESO Bayar Pampasan Lebih 3 bilion Tahun Lalu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - 3.27 bilion ringgit pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibayar kepada pekerja yang terbabit kemalangan di tempat kerja, tahun lalu.

Jumlah pampasan meningkat, berbanding 2.9 bilion ringgit yang dibayar pada tahun 2016, dan 2.6 bilion ringgit pada 2015.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, pembayaran pampasan yang besar itu, berikutan peningkatan kemalangan pekerja di tempat kerja.

Ia membimbangkan, dan jika tidak ditangani, akan menyebabkan negara kehilangan ramai pekerja mahir, dan kadar produktiviti turut menurun.

Beliau bercakap kepada media, selepas Majlis Penghargaan dan Pelantikan Ahli Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2018 hingga 2021, di ibu negara.

Kadar kemalangan pada tahun 2016, adalah 2.88 kes bagi seribu pekerja, berbanding 2.81 kes pada 2015.

Kemalangan maut di tempat kerja pula; 4.84 kes bagi SERATUS RIBU pekerja.

Industri pembuatan mencatat jumlah kemalangan tertinggi, diikuti industri pembinaan.