Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Gangguan Bekalan Air, Tekanan Rendah Di Shah Alam, Klang

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air sementara dan tekanan air rendah.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata kawasan-kawasan yang terlibat adalah Seksyen 16 hingga 20 serta Seksyen 23 hingga 25 di Shah Alam dan Kampung Jawa, Padang Jawa, Taman Alam Shah, Kampung Teluk Menegun, Sungai Rasah, Bukit Kuda dan Jalan Mohd Sidin di Klang.

Sehubungan itu, Syabas turut menasihatkan pengguna agar menggunakan air secara berhemat.

((BERNAMA))