Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

ESSCOM, Mampu Hasil Pelan Strategik ESSCOM Baharu 2018-2022

  • Published in Nasional

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menghasilkan Pelan Strategik ESSCom baharu bagi tempoh lima tahun bermula 2018 sehingga 2022.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan berkata pelan itu penting dalam membantu mencapai objektif yang telah digariskan dalam visi dan misi ESSCom iaitu bagi memastikan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berada dalam keadaan aman, sejahtera dan berdaulat.

DCP Datuk Hazani berkata pelan strategik itu terhasil dalam satu bengkel perancangan strategik yang diadakan selama dua hari di sini yang berakhir hari ini, bertujuan menilai semula pelan strategik lama yang berakhir pada tahun lepas.

Beliau berharap, pelan itu dapat memenuhi keperluan dan aspirasi pihak berkepentingan ESSCom termasuk berusaha meningkatkan integriti pasukan keselamatan dan penguat kuasa di ESSZone.

((BERNAMA))