Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Hanya Satu PPS Dibuka Tempatkan 14 Orang Penduduk Terlibat Banjir

  • Published in Nasional

KUCHING - Banjir di Sarawak semakin pulih sepenuhnya apabila kini tinggal satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk penduduk yang terlibat  banjir, selepas sebuah PPS ditutup pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 8 malam ini, hanya PPS di Dewan Suarah Mukah yang masih dibuka, menempatkan 14 orang daripada empat keluarga.

Katanya PPS di Dewan Sukan Tatau, Bintulu ditutup kira-kira pukul 11.30 pagi selepas kesemua 59 orang daripada 17 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, menurutnya lima kawasan di daerah Beluru di bahagian Miri didapati masih digenangi air dengan ketinggian antara tiga dan lima kaki, manakala sembilan sekolah di daerah Dalat, Mukah, Baram dan Selangau, membabitkan 532 murid, masih tidak beroperasi.

Banjir dijangka semakin beransur pulih di Sarawak susulan keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas.

((BERNAMA))