Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Dalang Utama Sindiket Pemalsuan Dokumen Antarabangsa Ditahan

  • Published in Nasional

IPOH - Dalang utama sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang aktif sejak kira-kira dua tahun lepas, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata lelaki berumur 44 tahun itu pakar dalam melakukan pengubahsuaian pasport Indonesia, Bangladesh dan Pakistan selain membuat pengubahsuaian dokumen buku nikah dan Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP).

Beliau berkata lelaki terbabit akan menerima tempahan melalui kenalannya dari Indonesia atau yang berada di Malaysia atau individu dibawa kenalannya sahaja.

Beliau berkata pada sidang media selepas majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Jabatan Imigresen di sini.

Datuk Seri Mustafar berkata dalam serbuan bermula 10 malam hingga tengah malam tadi, pihaknya menemui antaranya 70 koyakan butiran utama penama pasport Indonesia, 32 pasport Indonesia, enam pasport Bangladesh serta dua pasport Pakistan, kesemuanya disyaki diubah suai.

((BERNAMA))