Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:58 AM UTC, Feb 24, 2018

Hanya Graduan Kelas Pertama Tajaan JPA Ditawar PTD

  • Published in Nasional

SERDANG - Hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ia merupakan inisiatif julung kali kerajaan untuk melihat sejauh mana prestasi graduan cemerlang berbeza dengan pegawai-pegawai PTD yang lain dalam memikul tanggungjawab menjayakan agenda kerajaan.

Tan Sri Dr Ali berkata pihaknya menguna pakai model dari negara jiran yang mengambil tiga pelajar cemerlang untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan awam dan melepaskan yang lain kepada sektor swasta.

Beliau berkata kepada media selepas majlis perjumpaan KSN bersama graduan cemerlang tajaan JPA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Menurut Tan Sri Dr Ali, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuat pelawaan untuk graduan-graduan tersebut memohon dan mereka perlu menghadiri peperiksaan serta temu duga sebelum menjalani latihan kursus kadet PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum disahkan ke jawatan itu.

Sehingga hari ini, terdapat 10,000 pegawai PTD di seluruh negara.

((BERNAMA))