Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

ADUN Gunung Semanggol Masuk ICU

  • Published in Nasional

BAGAN SERAI - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas dipercayai terjatuh di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Tebuk Panchur di sini hari ini.

ADUN Selinsing Husin Din berkata kejadian yang berlaku kira-kira puku 10 pagi tadi disedari isterinya yang baru pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Madrasah Ehya As-Sharif, Gunung Semanggol.

Katanya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah darah tinggi yang dihidapi Mohd Zawawi.

Beliau berkata Mohd Zawawi dibawa oleh isterinya ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB pada pukul 3 petang tadi.

Beliau berkata kepada media di sini.

Menurut Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu kini masih belum sedarkan diri.

((BERNAMA))