Wednesday, June 26, 2019
updated 7:21 AM UTC, Jun 26, 2019

Rahimi selesai jalani pembedahan keluarkan serpihan peluru

  • Published in Nasional

CHRISTCHURCH - Rakyat Malaysia, Rahimi Ahmad yang cedera dalam serangan di Christchurch telah selesai menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan peluru daripada tubuhnya.

Dua lagi, Mohd Tarmizi Shuib, dari Kedah dan Mohd Nazril Hisham Omar juga sedang menerima rawatan di hospital sama.

Perkembangan kesihatan mereka dimaklumkan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang kini berada di Christchurch.

Rahimi Ahmad akan melalui dua pembedahan Rabu ini kerana disyaki mempunyai dua peluru dalam saraf tunjangnya.

Dalam pada itu, mangsa berumur 17 tahun yang hilang iaitu, Mohd Haziq masih belum ditemui

Gerakan mencari beliau masih diteruskan.