Logo

Sekolah tutup sampai cuti sekolah - Dr. Maszlee

                                                                                             FOTO: FB DR MASZLEE MALIK 

PASIR GUDANG - Arahan menutup semua 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran kimia di Sungai Kim Kim disambung sehingga penggal cuti sekolah, bermula Jumaat ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik selepas mendengar taklimat mengenai perkembangan pencemaran itu di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Pasir Gudang.

Ditanya sama ada sekolah akan dibuka semula selepas tamat cuti persekolahan, jelas Dr. Maszlee, ia bergantung kepada keadaan semasa serta bacaan indeks udara .

Dr Maszlee turut melawat pusat rawatan awal Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG, Johor.

((RTM JOHOR))

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.