Wednesday, June 26, 2019
updated 7:21 AM UTC, Jun 26, 2019

Kabinet pada dasarnya telah bersetuju untuk memperketat undang-undang kawalan senjata api - Jacinda Ardern

  • Published in Nasional

WELLINGTON - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memaklumkan, kabinet pada dasarnya telah bersetuju untuk memperketat undang-undang kawalan senjata api.

Cadangan penambahbaikan dijangka dibentangkan dalam masa beberapa hari lagi.

Ardern juga mengumumkan, siasatan menyeluruh akan dilancarkan berkenaan tragedi Christchurch yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah New Zealand.

((AFP))