Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Polis berjaya menahan 13 anggota Kumpulan pengganas

  • Published in Nasional

Foto Hiasan

SABAH - Polis menahan 13 anggota Kumpulan pengganas yang terdiri daripada 12 warganegara Filipina dan seorang warganegara Malaysia antara 11 hingga 12 mac lalu.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Fuzi Harun dalam satu kenyataan, kesemua yang ditangkap disyaki terlibat menganggotai beberapa kumpulan sama ada kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG), Kumpulan Pengganas MAUTE atau Kumpulan ROYAL SULU FORCE (RSF)

Jelasnya tangkapan dibuat Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Unit Komando 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), di dua lokasi iaitu Semporna dan Tambunan.