Wednesday, June 26, 2019
updated 7:21 AM UTC, Jun 26, 2019

Dua warganegara Malaysia meninggal dunia dan tujuh mengalami kecederaan - KLN

  • Published in Nasional

 

Foto : IG MetMalaysia

LOMBOK - Gempa bumi di Lombok Timur, Indonesia, dua warganegara Malaysia yang meninggal dunia merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah.

Sementara tujuh lagi mangsa warganegara Malaysia yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri (KLN).

Melalui satu kenyataan media, KLN mengesahkan 13 orang lagi rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Ketika bencana semalam, sekumpulan 22 orang warganegara Malaysia berada di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara.

KLN turut mengesahkan pegawai kedutaan Malaysia di Jakarta telah tiba di Lombok pagi tadi bagi memberi bantuan kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam kejadian ini.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan turut mengesahkan, tiada pelajar Malaysia terlibat dalam bencana tersebut.

Semalam, gempa bumi berskala 5.8 richter melanda Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 3.07minit petang waktu tempatan.