Sunday, April 21, 2019
vital-top
updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2019

Facebook umum telah sekat 1.5 juta video serangan di Christchurch, New Zealand

  • Published in Nasional

FOTO : GAMBAR HIASAN

NEW ZEALAND - Facebook mengumumkan pihaknya, telah menyekat 1.5 juta video serangan di Christchurch, New Zealand yang tular di seluruh dunia, dalam tempoh 24 jam.

Syarikat itu dalam satu kenyataannya memaklumkan, sebanyak 1.2 juta video telah dimuat naik dapat disekat, sekali gus tidak boleh dilayari oleh pengguna media sosial.

Syarikat itu turut mengesahkan masih berbaki 300 ribu video yang belum disekat.

Faceobok telah mengambil langkah menyekat video insiden serangan berdurasi 17 minit yang dirakam secara langsung oleh pengganas kulit putih itu di salah sebuah masjid di Chrischurch.

Tindakan penyekatan itu dibuat susulan akur dengan arahan pihak polis bagi faktor keselamatan.