Wednesday, June 26, 2019
updated 7:21 AM UTC, Jun 26, 2019

Golongan muda mempunyai kepakaran diseru menyumbang tenaga dan idea kearah pembangunan negara

  • Published in Nasional

 

PARIS - Warga Malaysia khususnya golongan muda yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing -masing , diseru agar dapat menyumbang tenaga dan idea bagi membantu menambahbaik serta mengukuhkan lagi pembangunan negara dibawah kepimpinan era Malaysia baharu. 

Berucap pada Majlis Khas Diaspora,Makan Malam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama warga Malaysia di Paris,Perancis berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat nasional tinggi walau dimana pun mereka berada.                         

Seramai lebih 100 warga dan penuntut Malaysia di Perancis, hadir ke majlis yang diadakan di Hotel Intercontinental, Paris.                               

Antara yang hadir, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Dato' Dr. Azfar Mohamad dan isteri, Datin Che Norhayati Soib, Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,  Dr Anesee Ibrahi dan aris negara bertarafvantarabangsa yang menetap di Perancis, Dato Shake.

((RTM/NORDIN HAMID))