Wednesday, June 26, 2019
updated 7:21 AM UTC, Jun 26, 2019

Kerajaan akan semak semula Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR -  Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Jabatan Perlindungan Data Peribadi sedang menyemak semula Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 agar dapat dipinda selari dengan keperluan masa kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sigh Deo berkata, proses mengumpul maklumat dan pandangan daripada pihak berkaitan sedang dijalankan sebelum cadangan pindaan boleh dibawa ke parlimen.

Jelasnya, pindaan tersebut perlu dilakukan kerana tiada sebarang kemaskini dibuat terhadap akta tersebut sejak ia digubal pada tahun 2010.

Dalam tempoh tersebut, pelbagai pembaharuan berlaku dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan kemunculan media baharu yang menjadikan ia lebih terdedah dengan pelbagai ancaman terutama pencerobohan data.

Beliau ditemui selepas merasmikan persidangan impak Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah(EU GDPR) di Malaysia dan negara bukan EU di ibu negara.

Persidangan yang julung kali diadakan itu menampilkan 8 panel bepengalaman bagi membincangkan kesan pelaksanaan EU GDPR terhadap negara ini dan cabaran semasa dalam meningkatan aspek perlindungan data

Lebih 100 orang wakil industri hadir pada persidangan itu yang dianjurkan selama 2 hari sehingga esok.

((RTM/ASRAF))